Entry kali ni saya nak kongsikan bisnes baru kami. Bisnes ni bermula selepas ramadhan baru ini. Kami mula menjadi supplier kepada kantin dan kedai makan. Kami supply sayur-sayuran, ayam, santan, ikan bilis, ikan kering dan akan datang beras. Kira kalau kedai kami ni dah lengkap la dengan barang.
Memang niat asal kami ingin membuka mini market yang lengkap dengan makanan kering dan basah. Tapi memandangkan modal masih belum mencukupi kami mulakan dengan menjadi supplier dulu. bila jadi supplier ni yang baiknya kita tak perlu menangung sebarang kerugian kerana barang yang diambil setiap hari adalah mengikut pesanan dari pelanggan.
Target kami sekarang mendapat sekurang-kurangnya 10 kedai untuk di supply. Jika kami membuka mini market nanti pelanggan tersebut tetap kami utamakan kerana mereka adalah customer tetap..income tetap kami setiap hari.
Apa yang perlu kami usahakan sekarang ialah mendapat bekalan yang murah dan segar. Kami juga ada merancang untuk menanam sendiri bekalan yang mempunyai harga yang tinggi. Bagaimanapun ekoran kejatuhan Ringgit sekarang harga sayur yang diimport seperti lobak merah, kobis bulat dan kobis panjang sangat mahal..
Untuk mencapai target besar kami iaitu mempunyai mini market sendiri kami telah terjerumus dalam perniagaam MLM. Sebenarnya MLM sangatlah kami jauhi dan sukar mempercayainya. Mungkin kerana pengalaman ibu mertua yang banyak habis wang kerana MLM. Tapi produk tersebut bukan dari Malaysia. Produk yang membuatkan kami terjerumus sekarang adalah produk buatan Malaysia 100% dan halal serta mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Semoga dengan hanya menjual teh iaitu GC Tea pendapatan kami bertambah dan dapat mencapai impian kami, dah ramai yang memasuki bisnes ini mampu membuka perniagaan lain dan maju sekarang. Jadi tak salah mencuba. Sepupu saya sangat aktif dengan MLM kini dah kaya raya mungkin dah Jutawan. Siapa nak tau duit dalam akaun dia ada berapa ya tak?
Semoga Allah mudahkan urusan kami dan berikan kejayaan kepada kami...Hanya pada Allahlah tempat kami memohon dan meminta.....