Hari ni saya nak kongsi satu kisah hidup seorang kakak...
Selalu tengok seorang kakak datang berniaga bersama anak-anaknya seramai 6 orang...berumur dalam lingkungan 18-2 tahun. Dia berniaga air, keropok lekur, goreng pisang dan pelbagai nuget. Wajahnya sentiasa masam dan saya selalu bayangkan wajah seperti itu pasti hidupnya juga seperit wajahnya..
Suatu hari saya berpeluang berbual panjang dengannya..dan kebetulan hari itu saya melihat suaminya ada bersama. Dia menceritakan kepada saya tentang kesusahan hidupnya selama ini..
Dia berasal dari selatan tanah air. Sebelum ini suaminya bekerja di Selangor dan hujung tahun baru ini suaminya dipindahkan ke utara.Jadi dia baru berada di sini lebih kurang 3 bulan. Suaminya bekerja kerajaan dan mendapat gaji RM4000 sebulan, tapi dengan anak seramai 6 orang jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup mereka..jadi dia terpaksa berniaga untuk menampung perbelanjaan keluarga. Suaminya pula sering bekerja out station membuatkan dia terpaksa melakukan tugas harian bersendirian..
Tapi dia beruntung ada anak-anak yang rajin membantunya berniaga tanpa rasa malu...pulang dari sekolah mereka membantunya berniaga. Ada yang mengambil tugas mengasuh adik mereka yang kecik. Anaknya 5 orang bersekolah jadi belanja sekolah juga perlu difikirkan.
Tugasnya bermula dari waktu pagi menghantar anak-anak ke sekolah rendah dan menengah, mencari keperluan untuk berniaga waktu petangnya dan masak. Patutla wajahnya sentiasa muram dan sukar senyum..rupanya kehidupan hariannya sangat memenatkan..kurang waktu rehat mungkin waktu rehatnya hanya waktu tidur..
Mendengar ceritanya buatkan saya sentiasa berdoa dalam hati moga Allah murahkan rezekinya, di permudahkan jalan hidupnya..dan moga hidup saya tidak sesukar kakak tersebut...
Jadi jika anda melihat orang yang bergaji besar belum tentu hidupnya senang dan tenang..kadang-kadang hidup mereka lebih sukar dari orang yang bergaji RM1000 atau RM900. Di mana silapnya. Fikir-fikirkalah...