jom tengok

MELANGKAH KE BISNES BARU

Salam...

Entry kali ni saya nak kongsikan bisnes baru kami. Bisnes ni bermula selepas ramadhan baru ini. Kami mula menjadi supplier kepada kantin dan kedai makan. Kami supply sayur-sayuran, ayam, santan, ikan bilis, ikan kering dan akan datang beras. Kira kalau kedai kami ni dah lengkap la dengan barang.

Memang niat asal kami ingin membuka mini market yang lengkap dengan makanan kering dan basah. Tapi memandangkan modal masih belum mencukupi kami mulakan dengan menjadi supplier dulu. bila jadi supplier ni yang baiknya kita tak perlu menangung sebarang kerugian kerana barang yang diambil setiap hari adalah mengikut pesanan dari pelanggan.

Target kami sekarang mendapat sekurang-kurangnya 10 kedai untuk di supply. Jika kami membuka mini market nanti pelanggan tersebut tetap kami utamakan kerana mereka adalah customer tetap..income tetap kami setiap hari.

Apa yang perlu kami usahakan sekarang ialah mendapat bekalan yang murah dan segar. Kami juga ada merancang untuk menanam sendiri bekalan yang mempunyai harga yang tinggi. Bagaimanapun ekoran kejatuhan Ringgit sekarang harga sayur yang diimport seperti lobak merah, kobis bulat dan kobis panjang sangat mahal..

Untuk mencapai target besar kami iaitu mempunyai mini market sendiri kami telah terjerumus dalam perniagaam MLM. Sebenarnya MLM sangatlah kami jauhi dan sukar mempercayainya. Mungkin kerana pengalaman ibu mertua yang banyak habis wang kerana MLM. Tapi produk tersebut bukan dari Malaysia. Produk yang membuatkan kami terjerumus sekarang adalah produk buatan Malaysia 100% dan halal serta mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semoga dengan hanya menjual teh iaitu GC Tea pendapatan kami bertambah dan dapat mencapai impian kami, dah ramai yang memasuki bisnes ini mampu membuka perniagaan lain dan maju sekarang. Jadi tak salah mencuba. Sepupu saya sangat aktif dengan MLM kini dah kaya raya mungkin dah Jutawan. Siapa nak tau duit dalam akaun dia ada berapa ya tak?

Semoga Allah mudahkan urusan kami dan berikan kejayaan kepada kami...Hanya pada Allahlah tempat kami memohon dan meminta.....

DUIT TAK CUKUP..

Salam...

Hari ni saya nak kongsi satu kisah hidup seorang kakak...

Selalu tengok seorang kakak datang berniaga bersama anak-anaknya seramai 6 orang...berumur dalam lingkungan 18-2 tahun. Dia berniaga air, keropok lekur, goreng pisang dan pelbagai nuget. Wajahnya sentiasa masam dan saya selalu bayangkan wajah seperti itu pasti hidupnya juga seperit wajahnya..

Suatu hari saya berpeluang berbual panjang dengannya..dan kebetulan hari itu saya melihat suaminya ada bersama. Dia menceritakan kepada saya tentang kesusahan hidupnya selama ini..

Dia berasal dari selatan tanah air. Sebelum ini suaminya bekerja di Selangor dan hujung tahun baru ini suaminya dipindahkan ke utara.Jadi dia baru berada di sini lebih kurang 3 bulan. Suaminya bekerja kerajaan dan mendapat gaji RM4000 sebulan, tapi dengan anak seramai 6 orang jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup mereka..jadi dia terpaksa berniaga untuk menampung perbelanjaan keluarga. Suaminya pula sering bekerja out station membuatkan dia terpaksa melakukan tugas harian bersendirian..
Tapi dia beruntung ada anak-anak yang rajin membantunya berniaga tanpa rasa malu...pulang dari sekolah mereka membantunya berniaga. Ada yang mengambil tugas mengasuh adik mereka yang kecik. Anaknya 5 orang bersekolah jadi belanja sekolah juga perlu difikirkan.

Tugasnya bermula dari waktu pagi menghantar anak-anak ke sekolah rendah dan menengah, mencari keperluan untuk berniaga waktu petangnya dan masak. Patutla wajahnya sentiasa muram dan sukar senyum..rupanya kehidupan hariannya sangat memenatkan..kurang waktu rehat mungkin waktu rehatnya hanya waktu tidur..

Mendengar ceritanya buatkan saya sentiasa berdoa dalam hati moga Allah murahkan rezekinya, di permudahkan jalan hidupnya..dan moga hidup saya tidak sesukar kakak tersebut...

Jadi jika anda melihat orang yang bergaji besar belum tentu hidupnya senang dan tenang..kadang-kadang hidup mereka lebih sukar dari orang yang bergaji RM1000 atau RM900. Di mana silapnya. Fikir-fikirkalah...

PENIAGA JALANAN

Salam...

Dah lama tak update blog ni...sunyi suram dan bersawang dah dia...

Setahun sudah menjadi peniaga jalanan...Alhamdulillah rezeki tetap ada dari Allah Taala. Sebenarnya kita sebagai manusia masih boleh hidup walaupun serba ringkas...masih cukup makan dan minum..cuma tak bermewah..

Tapi yang lebih berharga adalah pengalaman sepanjang perjalanan tersebut..

Suka dan duka, jerih dan kepayahan menambahkan dan mematangkan hidup..

Sebenarnya masih ramai yang hidup mereka sukar walaupun punya suami yang bergaji RM4000 sebulan, masih tak cukup duit untuk beli pempes, tak cukup duit untuk beli barang dapur.

Masih ada yang bergaji RM8000 sebulan tapi hatinya sentiasa tak tenang...hidupnya terasa jauh dari keberkatan..KENAPA?

Inilah antara pengalaman yang banyak mengajar saya...yang membuatkan saya sentiasa bersyukur kepada yang Esa, walaupun saya hidup kurang mewah tapi hati tenang bersama keluarga. Duit dari titik peluh terasa berkat..