Chef Jamie Oliver UK Menang saman terhadap McDonald sbb quality daging "FOOD DOG"Sesiapa yang kenal chef dari UK nama Jamie Oliver, dia telah menang dalam mahkamah kes saman McDonald tahun 2013. Jamie berjaya membuktikan yang mcDonald menggunakan peroxide dalam daging prosesnya dan dagingnya juga adalah dari quality yang paling rendah hanya layak utk binatang ternakan yg makan. So, kita patut boikot McDonald bukan hanya kerana sokongan padunya kepada gerakan Zionist tetapi jugak kerana 'they really serve you JUNK food. You can google more abt Jamie Oliver and McDonald.
sumber: http://www.medicaldaily.com/mcdonald...-culprit-video
jom tengok
CARA BUAT BLOG
Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.
Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.
Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.
Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu
Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.
Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.
1. Buka link www.blogger.com
2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'
3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.
5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'
6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)

PETUA AWET MUDA
Semua orang suka kalau sentiasa nampak cantik dan muda. Kalau kena puji muda senyumnya tu kalau boleh lagi lebar agaknya sampai telinga. Tapi macamana nak bagi nampak sentiasa muda kalau memang umur kita hari-hari meningkat?
Hmm orang kata nak nampak muda kena selalu senyum. Tapi kalau kita fikir lebih mendalam kata-kata tu, sebenarnya kita cuma senyum bila kita bahagia, ceria, tenang dan senang hati. Macamana nak ceria kalau hidup kita sentiasa tak menentu, kadang senang kadang susah.Kadang sedih kadang tu terlampau suka asyik ketawa ja sepanjang hari.
Tapi kalau kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur akan nikmat Allah kita pasti bahagia. Kalau kita berjaya mendidik diri dan hati setiap ujian itu dari Allah kita mesti lebih tenang, dan kalau kita selalu tahu yang bila Allah bagi ujian tu tanda Allah sayangkan kita dan nak kita sentiasa ingat yang Allah selalu ada dengan kita, kita mesti ceria..
Jadi petua untuk awet muda sebenarnya...ingatlah pada Allah
KENAPA SAYA ADA?
Blog ini di bina untuk membantu dan berkongsi pengetahuan, pengalaman dan menjana pendapatan sampingan di rumah.
Walaupun saya masih baru dalam dunia blogger tapi saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama-sama dan membantu mereka yang ingin bermula.
Semoga kita dapat membina blog yang bermanfaat untuk semua...

Langgan:
Catatan (Atom)