jom tengok

WORD WORLD

Salam...

Nak kongsi satu lagi pasal channel singapura ni. Siaran okto untuk kanak-kanak ada tayang cerita Word World. Mungkin ada yang pernah tengok cerita tu, apa yang menariknya, anak-anak boleh belajar mengenal huruf dan menambah pengetahuan inglish. 

Contohnya untuk pintu diaorang akan bentukkan huruf DOOR menjadi bentuk pintu. Watak dalam kartun tu pulak semuanya binatang yang dibuat dengan sambungan huruf macam DUCK, BEAR, FROG dan banyak lagi la. Tapi yang tak bestnya ada watak makluk yang diharamkan oleh Allah pun ada jugak korang tau kan..

Kalau korang nak anak korang tengok bolehla search kat youtube WORD WOLRD. Memang bagus cuma kalau anak-anak tanya binatang apa PIG tu pepandai la jawab ok. Saya bagitau tu lembu pendek, nak sebut nama asal bahasa melayu binatang tu rasa macam tak baik pulak. Tapi bila tengok citer tu anak-anak dah makin mudah ingat huruf-huruf yang diorang tak berapa ingta sebelum ni dan bertambah jugakla perkataan inglish diorang tu.

TENGOK CHANNEL SINGAPURA

Salam semua...

Dok kat Johor Baharu ni rumah pulak atas kayangan dapat la kami tengok channel Singapura. Banyak jugak channel diaorang ni, banyak tu dalam 7 channel yang kami dapat tengok la, kalau ada yang lain umi tak pasti la, tapi dia punya channel tu kirara ala-ala cam astro jugak la cuma sebab siaran cerita cina, ada cerita korea ada india (vasatham) tak pasti ejaan dia betul tak, ada kanak-kanak (okto) ada berita (newsasia) ada omputih (5) yang selalu tayang movie dan ada jugak yang melayu dan tayang drama-drama dari malaysia cam adam dan hawa dan banyak lagi umi pun tak ingat tajuk dah.

Orang melayu Singapura ni cakap memang baku habis kadang rasa cam pelik lak dengar tapi ok la dari segi bahasa melayu tu betul la nak banding dengan kita yang selalu merojak dan pasemburkan bahasa melayu. Diaorang selau jugak buat dokumentari mengenai sejarah Malaysia yang kita tak pernah dengar. Siap ada kajian secara detail. Contohnya sejarah negeri Perak. Pernah ada satu kota yang maju tapi telah di musnahkan oleh yang thailand sehingga tempat tersebut menjadi padang jarak padang tekukur sekarang ni,memang tak ada pokok pun naik di kawasan tersebut. Tanahnya berpasirdan tak ada orang duduk di kawasan tu. Kenapa pelajar kita tak pernah buat kajian ya? Kenapa sejarah tu di sembunyikan dari kita. Pelik jugak bila fikir-fikir balik..

MEMAMG TAKKAN MAKAN MCDONALD DAH! !!

Chef Jamie Oliver UK Menang saman terhadap McDonald sbb quality daging "FOOD DOG"Sesiapa yang kenal chef dari UK nama Jamie Oliver, dia telah menang dalam mahkamah kes saman McDonald tahun 2013. Jamie berjaya membuktikan yang mcDonald menggunakan peroxide dalam daging prosesnya dan dagingnya juga adalah dari quality yang paling rendah hanya layak utk binatang ternakan yg makan. So, kita patut boikot McDonald bukan hanya kerana sokongan padunya kepada gerakan Zionist tetapi jugak kerana 'they really serve you JUNK food. You can google more abt Jamie Oliver and McDonald.

sumber: http://www.medicaldaily.com/mcdonald...-culprit-video

CARA BUAT BLOG

Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka. Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger. Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google. Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu
Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot. Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot. 1. Buka link www.blogger.com 2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'
3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.
5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'
6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)

PETUA AWET MUDA

Semua orang suka kalau sentiasa nampak cantik dan muda. Kalau kena puji muda senyumnya tu kalau boleh lagi lebar agaknya sampai telinga. Tapi macamana nak bagi nampak sentiasa muda kalau memang umur kita hari-hari meningkat?

Hmm orang kata nak nampak muda kena selalu senyum. Tapi kalau kita fikir lebih mendalam kata-kata tu, sebenarnya kita cuma senyum bila kita bahagia, ceria, tenang dan senang hati. Macamana nak ceria kalau hidup kita sentiasa tak menentu, kadang senang kadang susah.Kadang sedih kadang tu terlampau suka asyik ketawa ja sepanjang hari.

Tapi kalau kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur akan nikmat Allah kita pasti bahagia. Kalau kita berjaya mendidik diri dan hati setiap ujian itu dari Allah kita mesti lebih tenang, dan kalau kita selalu tahu yang bila Allah bagi ujian tu tanda Allah sayangkan kita dan nak kita sentiasa ingat yang Allah selalu  ada dengan kita, kita mesti ceria..

 Jadi petua untuk awet muda sebenarnya...ingatlah pada Allah

KENAPA SAYA ADA?

Blog ini di bina untuk membantu dan berkongsi pengetahuan, pengalaman dan menjana pendapatan sampingan di rumah.

Walaupun saya masih baru dalam dunia blogger tapi saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama-sama dan membantu mereka yang ingin bermula.

Semoga kita dapat membina blog yang bermanfaat untuk semua...